Sale!

Mandheling

RM13.50RM58.50

Bercerita tentang kopi Arabica dari Indonesia, adalah mustahil untuk tidak berbicara tentang Kopi Mandailing dari Pulau Sumatera. Sama seperti biji kopi lain dari Pulau Sumatera yang terkenal di peringkat antarabangsa, Kopi Mandailing hadir dengan kelasnya yang tersendiri

Berasal dari Kabupaten Mandailing, yang merupakan enempatan bagi salah satu suku tertua di Asia Tenggara. Tumbuh di kawasan Bukit Barisan yang mempunyai ketinggian 2000 hingga 5000 kaki dari aras laut, memberikan kopi ini rasa unik yang tidak dapat ditempat lain. Mula dikenali seawal tahun 1800 dan masih unggul sehingga kini.

Kopi Mandailing ditanam di kawasan pergunungan gunung berapi Leuser bermakna kopi ini adalah kopi tanah tinggi maka tidak hairanlah kopi ini mempunyai kualiti yang tinggi

Mempunyai tahap keasidan yang agak rendah, tidak terlalu masam dan tidak terlalu pahit disamping mempunyai kemanisan semulajadi yang tersendiri.

Jika anda menyukai aroma kopi yang cenderung kapada rasa buahan, berbunga dan sedikit spicy, maka Kopi Mandailing adalah untuk anda. Berbeza dengan jenis kopi Arabika di Indonesia, Kopi Mandailing mempunyai aroma yang unik dengan sedikit campuran rempah, coklat, bunga dan buah-buahan.

Ia boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja.Boleh dicampur dengan susu atau bahan lain. Mencampurkan nya pelbagai pilihan susu tidak akan mengurangkan rasa, aroma dan ciri-cirinya.

 

Kaedah bancuhan/seduhan yang dicadangkan :  Espresso, Tuang Lalu/ Por Over V60, Moka Pot, French Press, Tubruk , Cold Brew

Panduan memilih size kisaran

SKU: IND-MANDEL-1 Category: Tags: ,
Weight 0.5 kg
Dimensions 30 × 20 × 20 cm
Size Kisar

1.Halus, 2. Sederhana Halus, 3.Sederhana, 4. Sederhana Kasar, 5. Kasar

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Mandheling”

Your email address will not be published. Required fields are marked *