Cold Brew

Cold Brew ialah kopi yang diseduh sejuk, atau bancuhan sejuk, dengan merendam kopi yang dikisar kasar dalam air suhu bilik selama beberapa jam, biasanya 12 hingga 18 jam atau lebih. Kemudian ditapis dan diminum dengan ais dan susu segar. Atau diminum begitu sahaja

Cara membuat kopi Cold Brew
Apa yang diperlukan ialah air suhu bilik, kopi yang baru dikisar kasar, balangserta penapis kopi. Cold brew juga boleh disediakan dalam pFrench Press

Nisbah biasa kopi kepada air (mengikut berat) ialah dari 1:4 hingga 1:10. Kemudian biarkan tertutup, selama antara 12 hingga 18 jam.

Semua jenis kopi sesuai dibuat Cold Brew. Tapi yang paling sedap  yang pernah kami cuba ialah Keffa Bonga. Biji kopi hendaklah dikisar kasar. Rujuk panduan saiz kisaran untuk lebih jelas.