Espresso

Espresso ialah kaedah di mana air panas bertekanan (9 Bar) disalurkan ke atas serbuk kopi yang dikisar halus.

Merupakan kaedah paling popular di Dunia yang berasal dari Itali. Kebanyakkan minuman kopi berasaskan susu yang popular seperti Cappuccino atau Latte disediakan dengan mencampurkan susu atau krimer ke atas Espresso yang baru diekstrak

Dalam proses membuat espresso, lapisan berbuih tebal terbentuk di bahagian atas yang dipanggil Crema. Crema ialah salah satu tanda yang menunjukkan kesegaran dan kualiti biji kopi.

Sesetengah orang suka minum Espresso sebagaimana adanya. Sesetengah memilih untuk mempunyai bentuk Espresso cair yang dikenali sebagai Americano atau Lungo. Ada yang lebih suka membuat minuman berasaskan susu daripada Espresso, seperti Cappuccino, Macchiato atau Latte.

Antara biji kopi yang paling sesuai untuk espresso ialah Brazil Santoz, Guatamala, Rubi Santana, Gayo Natural. Dan juga blend Fantastica, Epilog. Kedua=dua blend ini mempunyai rasa yang seimbang antara nutty, chocolatty, sedikit fruitty dan berkaramel.  Tahap panggangan yang selalu dicadangkan ialah panggangan gelap (Dark Roast). Walaubagaimanapun ramai yang telah berubah kapada medium roast dengan membuat percubaan-percubaan profiling. 

Espresso memerlukan saiz kisaran yang halus dan tepat. Rujuk di panduan saiz kisaran.