French Press

French Press atau La cafetiere ialah kaedah membancuh kopi yang ringkas. Ia dianggap sebagai salah satu cara terbaik untuk mendapatkan rasa yang kaya dan bold dengan kurang keasidan. Bermula dengan menambah serbuk kopi kasar ke dalam bekas, kemudian menambah air panas dan biarkan selama 4-6 minit sebelum menekannya ke bawah dengan pelocok.

Kaedah membuat kopi yang paling menjimatkan, mudah dan cepat. Sesiapa sahaja yang boleh membancuh secawan kopi yang sempurna melalui kaedah ini.

Hampir kesemua jenis kopi sesuai dengan kaedah ini. Tetapi Keffa Bonga, Guatamala, Sidamo menghasilkan minuman kopi yang sangat sedap dengan kaedah ini. Saiz kisaran ialah sederhana kasar. Boleh rujuk panduan saiz kisaran.