Jenis Minuman Kopi - Espresso Based

Apabila kita pergi ke cafe, kita boleh lihat menu yang berbagai. Kapada yang baru nak berjinak dengan minumn kopi di cafe, boleh jadi keliru. Tak pasti nak order yang mana satu. Dibawah ini disenaraikan jenis minuman kopi yang popular di cafe yang berasakan Espresso

1. Espresso

Espresso, ekstrak kopi yang sangat pekat. Dihasilkan menggunakan mesin espresso dengan melalukan air panas yang bertekanan tinggi keatas serbuk kopi yang dikisar halus. Satu shot  kira-kira 1 oz. Prinsipnya nampak ringkas, tetapi  ia mungkin sukar untuk dikuasai.

Nisbah: 1 shot espresso
Cawan: 2-4 oz. Cawan Espresso

Cara membuat espresso

2. Double Espresso

Double Espresso  juga boleh disebut sebagai doppio, iaitu perkataan Itali untuk double. Minuman ini sangat pekat dan kuat.

Nisbah: 2 shot espresso
Cawan: 3-4 oz. cawan Demitasse

3. Americano

Americano merupakan minuman sarapan pagi yang sangat popular. Dikatakan berasal semasa Perang Dunia II. Askar Amerika akan menambah air ke kopi mereka untuk mencukupkan ration mereka semasa perang. Air panas itu walaupun  mencairkan espresso tetapi masih dapat mengekalkan tahap kafein yang tinggi.

Nisbah: 1 shot espresso + 3 oz. daripada air panas
Cawan: 5-6 oz. Mug

3. Long Black

Sama dengan Americano, bezanya air panas dimasukkan dulu dalam cawan, kemudian baru espresso (kalau Americano, espresso dulu baru air panas).

Nisbah: 2 shot espresso + 3 oz. daripada air panas
Cawan: 6-8 oz. Mug