Moka Pot

Moka Pot telah wujud selama bertahun-tahun dan merupakan alat membancuh kopi yang sangat popular di Itali. Sekali imbas, ia kelihatan pelik dan kuno, tapi bila dah start guna rasa macam buat percubaan sains. Moka pot sebenarnya boleh menghasilkan kopi yang sangat enak dalam masa yang singkat.

Untuk membancuh kopi menggunakan moka pot, mulakan dengan menambah air panas ke tangki bawah. Tuangkan air sehingga ia hanya menyentuh bahagian bawah injap keselamatan.

Isi bakul penapis dengan serbuk kopi sehingga rata, tetapi jangan tekan. Selepas itu, letakkannya ke dalam ruang bawah (ia sepatutnya duduk dengan sempurna di dalam slot) dan skru ruang atas ke tempatnya. Letakkan moka pot di atas dapur anda.

Apabila air mula mendidih, wap yang terhasil menghasilkan tekanan dan memaksa air naik melalui penapis. Bunyi bergema yang anda dengar adalah disebabkan oleh tekanan wap air yang menujah keatas melalui serbuk kopi dalam basket.

Periuk moka, secara teori, berfungsi sama dengan mesin espresso. Kedua-duanya menggunakan tekanan untuk menolak air yang dipanaskan melalui kopi serbuk. Walau bagaimanapun, perbezaannya ialah moka pot menolak ke atas, dan tidak menggunakan air bertekanan tinggi.Walaupun moka pot tidak menghasilkan espreso, ia masih menghasilkan kopi yang kaya, heavy dan spicy.

Biji kopi yang sedap buat Moka Pot ialah kopi yang dipanggang medium iaitu  Brazil Santos, Guatamala, Keffa-Bonga, Rubi Santana, Sidamo. Atau apa apa kopi yang sesuai dengan selera anda. Saiz kisaran pula ialah sederhana halus. Boleh rujuk panduan saiz kisaran