Weight | 0.5 kg |
---|---|
Dimensions | 30 × 20 × 20 cm |
Size Kisar | 1.Halus, 2. Sederhana Halus, 3.Sederhana, 4. Sederhana Kasar, 5. Kasar |
Toraja
RM14.00 – RM65.00
Kopi Toraja merupakan salah satu jenis kopi yang paling popular di Indonesia. Malah, bukan sahaja di Indonesia, kopi Toraja ini sebenarnya sudah mendunia. Pengimport utama kopi ini adalah Jepun
Dtanam di kawasan pergunungan dengan ketinggian 1400 hingga 2100 meter dari aras laut di Pegunungan Sesean, Toraja, Sulawesi Selatan. Pergunungan Sesean terkenal sebagai kawasan tanah gunung berapi, di mana pokok kopi Toraja tumbuh berdampingan dengan tanaman rempah. Persekitaran ini secara tidak sengaja menyebabkan rasa kopi Toraja mempunyai keunikan tersendiri, dengan aroma yang mirip dengan herba.
Tumbuhan kopi Toraja sendiri biasanya mempunyai bentuk yang tidak teratur dengan warna coklat gelap. Walaupun bentuknya tidak sekata, hanya dengan menghidu aromanya, anda pasti dapat mengenali kopi Toraja ini kerana mempunyai aroma yang sangat wangi dan tersendiri. Semasa penanaman, kopi ini diberi perhatian secara khusus untuk mempastikan biji kopi yang berkualiti, kemudian apabila sudah benar-benar tua, barulah biji kopi tersebut dituai dan seterusnya diproses menggunakan kaedah penggilingan basah (wet hulled).
Disebabkan tanaman kopi ini terletak di kawasan yang dekat dengan tanaman rempah-rempah, maka kopi Toraja memiliki rasa herba yang sangat harum nyaman dan sebati secara harmoni. Rasa seperti kacang, kayu manis, dan kadang-kadang halia dan lada hitam. Mempunyai tahap keasaman yang rendah, lembut dan santai, dilengkapi dengan sentuhan rasa bunga dan buah.
Kaedah bancuhan/seduhan yang dicadangkan : Espresso, Tuang Lalu/ Por Over V60, Moka Pot, French Press, Tubruk , Cold Brew
Reviews
There are no reviews yet.